Pekerja Farmasi Tak Bertauliah

March 9th, 2010 zaiMi 19 comments

Tengok tajuk pun korang dah boleh agak apa yang aku cuba nak sampaikan kan? Okey straight to the point. Alkisahnya disebabkan cuaca panas skang ni mak aku telah demam. Bukan demam teruk sangat. Demam biasa di musim kemarau. Dah demam tu pergi la klinik nak ambil ubat. Tapi silap timing pulak. Pergi pukul 1 tengahari. Sah-sah la klinik tu tutup. Jadi sebab tak nak tunggu klinik tu bukak pukul 2, mak aku ajak pergi beli ubat kat farmasi je.

Untuk pengetahuan korang mak aku nurse. Dah berkhidmat lebih dari 30 tahun. Kira dah otai la bab-bab ubat ngan jaga orang sakit ni. Tapi tak nak pergi hospital tempat dia bekerja sebab agak jauh dari rumah. Jadi pergi la kat 1 farmasi ni. Bila dah masuk dalam mak aku tanya la sejenis ubat demam. Tak salah aku nama dia Trizine. Boleh pulak orang farmasi tu cakap tak pernah dengar nama ubat tu? WTF?! Come on la. Korang kan kerja farmasi. Macam mana korang boleh jual ubat kalau nama ubat pun korang tak tahu. Ke korang nak salahkan mak aku yang dah berpengalaman ni?

ubat trizine

Takpe la pergi farmasi lain. Bukan ada 1 je farmasi area ni. Bila dah sampai farmasi ke 2 ni masuk la dalam. Nampak macam bagus. Pekerja semua pakai kot macam kot doktor tu. Mak aku pun tanya la ubat Trizine tu. Boleh pulak dia tanya mak aku balik apa nama saintifik ubat tu? Masa tu aku rasa nak gelak sampai mati. Siapa pekerja farmasi sebenarnya? Mak aku ke ko? Boleh pulak ko tanya mak aku nama saintifik ubat tu? #$w#!?@*&!

Mak aku pun dah takde mood nak cari ubat tu aku pun dah menyampah kat pekerja farmasi, kitorang pergi la tunggu klinik tu bukak. Elok-elok sampai klinik dah bukak dah. Mak aku pun terus la pergi beli ubat kat klinik tu. Dan bila dia tunjuk kat aku memang betul nama ubat tu Trizine. Jadi apekehal dengan pekerja-pekerja farmasi bangang tersebut?

Aku rasa diorang hanyalah pekerja biasa yang tak pernah mendapat ijazah sarjana muda farmasi tapi teringin nak jadi doktor. Masalahnya betul ke macam tu? Jangan cakap kat aku diorang tu siswazah farmasi tapi tak tahu nama ubat. Aku lempang sekor-sekor nanti. Buat apa belajar sampai 4-5 tahun tapi nama ubat pun tak hafal? Tapi kalau betul la diorang tu takde ijazah bab-bab farmasi ni macam mana diorang boleh jual ubat kat orang lain? Dibuatnya salah jual ubat tak ke mati orang tu nanti? Tak faham aku.

Rakyat Malaysia Tak Suka Membaca

March 7th, 2010 zaiMi 14 comments

Dah lama entry ni tertangguh. Rasanya aku dah tulis tajuk dia sejak dari aku tengok tv3 buat poll menngenai minat membaca di kalangan rakyat Malaysia lagi. Bila entah poll tu? Yang pasti bulan lepas. Mungkin awal bulan 2. Fuhhh! Dah sebulan lebih la kalau macam tu. Tapi takpe hari ni aku akan siapkan jugak entry ni. Okey, bila korang baca tajuk kat atas tu, rakyat Malaysia tak suka membaca, apa impression korang? Adakah korang akan cakap “Betul la tu. Aku pun tak suka membaca”. atau korang akan cakap “Aku suka je membaca. Orang lain yang tak suka kot”. Atau korang akan cakap “Ni propaganda politik semua ni. Saja je nak bagi kecoh. Padahal takde apa pun”.

Apapun pendapat korang memang itulah kenyataannya. Dah banyak kaji selidik dibuat dan hasil dia tetap sama. Rakyat Malaysia memang tak suka membaca. Tak kisah la buku sekolah ke, novel ke, majalah ke, newspaper ke, memang sangat kurang pembacanya. Buku-buku ilmiah jangan cakap la. Memang takde siapa nak baca pun. Agaknya kenapa la ye?

mari membaca

Kalau ikut karangan yang selalu aku buat masa sekolah dulu alasan dia takde yang lain. Mesti sebab kurangnya didikan ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya. Asyik-asyik alasan tu je. Aku yakin budak-budak skang ni pun kalau buat karangan mesti pakai alasan tu lagi kan? Haha! Tapi memang betul. Mak bapak kurang menggalakkan anak membaca. Yang mak bapak tahu asalkan anak pergi sekolah. Tak membaca kat rumah pun takpe. Yang rakan sebaya ni pun satu. Anak-anak duk berkawan dengan budak-budak nakal yang tak suka membaca. Macam mana nak pupuk minat membaca. Minat nak main ada la.

Benda ni sebenarnya walau pun nampak remeh tapi sebenarnya boleh menjejaskan negara. Sebab anak-anak hari ni adalah pemimpin di masa depan. Untuk jadi pemimpin yang baik kena la banyak ilmu. Dan cara untuk dapat ilmu adalah dengan membaca. Kalau semua takde ilmu alamatnya nanti kacau bilau la negara. Skang ni pun dah boleh nampak kesan takde ilmu ni. Semua kes-kes sosial dan masyarakat ni sebab takde ilmu la. Kes buang anak, hisap dadah, merompak, mencuri, ragut, rasuah, bunuh, semuanya sebab takde ilmu. Kalau ada ilmu takde la nak jadi orang jahat kan? Jadi mulai skang mari la kita pupuk semangat membaca dalam diri kita, anak-anak kita, sedara-sedara kita, jiran-jiran kita, sebab faedahnya bukan dapat kat orang lain. Balik kat diri kita jugak. Nabi jugak pernah bersabda, “Tuntut la ilmu dari dalam buaian sehingga ke liang lahad”. So kita sama-sama muhasabah diri kita demi masa depan bersama.

Kuasa Blogger Wanita

March 4th, 2010 zaiMi 28 comments

Ramai betul yang bagi pendapat mengenai post aku yg lepas bertajuk Blog Ini Ditimpa Bencana. Macam-macam pendapat yang diorang berikan. Paling femes tukar hosting la. Hehe. Terima kasih di atas sokongan dan cadangan korang semua. Aku sangat-sangat hargai semua tu. Tengok la nanti kalau aku ada duit lebih aku join hosting lain. Skang ni terpaksa stay kat sini dulu. Ke ada sapa-sapa yang nak sponsor? Aku on je. Hahah!

Okey la habis la cerita hosting. Aku harap lepas ni takde masalah lagi dah. Hari ni aku nak bercerita mengenai kuasa blogger wanita. Semenjak dua menjak ni aku selalu lepak kat Gengblogger. Ada lagi yang belum join? Join la cepat. Kat sana nanti korang boleh baca bermacam-macam jenis cerita yang korang nak baca. Tak payah susah-susah nak search kat google lagi. Dekat Gengblogger jugak korang boleh ping blog korang. Boleh jugak naikkan trafik.

Alkisahnya selama aku duk lepak sana aku nampak ada satu benda yang sangat-sangat jelas. Blogger wanita lagi femes dari blogger lelaki. Hahah! Tak percaya korang tengok la sendiri kat bahagian “Profil popular hari ini”. Mesti korang akan perasan yang blogger wanita lagi banyak dari blogger lelaki kan? Itu la buktinya. Kenapa blogger wanita lagi femes? Adakah sebab diorang pandai promote blog atau isi blog diorang sangat menarik?

kuasa blogger wanita

Lagi satu yang aku nampak adalah kebanyakan blogger wanita yang cun akan mempunyai follower yang sangat ramai. Setakat 200 lebih tu celah jari je. Ada yang sampai follower 3-4 ribu. Tak percaya? Boleh tengok sendiri. Aku malas nak promote lebih-lebih takut nanti kang jadi kontroversi pulak. Tapi aku yakin korang faham apa yang aku cuba nak sampaikan. Kebanyakan yang duk jadi follower blogger wanita yang cun tu adalah lelaki. Jadi aku nak tanya yang blogger lelaki la. Kenapa korang jadi follower blogger wanita cun? Adakah sebab isi blog dia sangat menarik? Atau dia pandai hias blog sampaikan korang asyik duk teringat-ingat je? Atau itu adalah salah satu usaha korang untuk mengorat blogger wanita cun tu? Dengan menfollow blog itu dan sentiasa memberi komen dengan harapan blogger wanita itu memberi perhatian kat korang? Dan adakah ini jugak bermakna aku perlu menjadi blogger wanita yang cun supaya blog aku ni lebih ramai follower?

Apa pun aku rasa tu masalah kecik je. Siapa berusaha dia la berjaya. Blogger lelaki pun ada yang dapat title profil paling popular tu. Yang follower beribu pun ada. Cuma tak seramai blogger wanita. Biasa la tu. Wanita kan mendahului lelaki dalam apa benda pun skang ni. Kat universiti? Wanita lagi ramai. Yang kerja kerajaan? Wanita lagi ramai. Yang jadi artis? Pun wanita yang lagi ramai. Malah yang kaya raya duk jual macam-macam pun wanita la yang lagi ramai. Jadi setakat blogging ni apa la sangat kan?

Blog Ini Ditimpa Bencana

March 2nd, 2010 zaiMi 24 comments

Tanggal 1/3/2010, akhirnya blog ini telah menerima bala yang sangat besar hasil daripada ketidakambilpedulian aku kat masalah hosting. Fuh! Ketidakambilpedulian tu. Korang ada ke guna perkataan tu? Haha! Sebenarnya bukan aku je. Ramai lagi yang pakai hosting tu mengalami masalah yang sama dan semuanya meluahkan perasaan yang sama. Bengang! Nak tau kenapa? Hosting yang aku pakai ni memang dah selalu problem. Aritu 2 bulan berturut-turut problem. Pastu bila dah siap repair elok la seminggu dua. Lepas tu sambung buat hal lagi. Asyik-asyik server kena restart. Apa masalah entah la. Hantar ticket pun bukan diorang nak layan.

Dan kemuncaknya pagi semalam. Asalnya server down. Bukan sejam dua tau. Lebih 24 jam. Bila dah elok okey la masuk la blog. Tapi aku hairan. Kenapa tiba-tiba post yang lama dah naik kat atas? Post yang baru gi mana? Nak tau kenapa? Masalah semasa nak backup data. Dan semua data sejak dari 21/2/2010 hilang! Tak ke ko bengang? Punya la banyak benda aku ejas kat blog aku ni. Tambah aku publish entry lagi. Semua hilang macam tu je.

web hosting

Nak marah pun tak guna. Entry yang dah publish tu memang dah hilang. Menangis air mata darah sekalipun takkan dapat balik dah. Terpaksa la terima hakikat yang aku kena ejas balik blog aku yang memang dh sedia hina ni. Nasib baik la aku update blog pakai Windows Live Writer. Ada la backup entry secara manual. Terpaksa post balik satu-satu. Tapi tak sama macam yang asal dah. Semua komen hilang. Salah satu entry pasal keyword pelik yang aku cerita pasal ada orang tu cari laptop dia kat blog aku ni pun aku tak dapat nak post balik dah sebab gambar screenshot dari website nuffnang tu dah tak ada. Sebab kan benda tu upload dalam server. Mana nak adanya. Kalau post jugak kang nanti takde la bukti yang aku cakap orang tu cari laptop dia kat blog aku.

Keseluruhannya ada 5 entry yang terjejas. 4 entry boleh post balik cuma hilang komen dan 1 lagi memang tak boleh nak diselamatkan dah. Pengajaran yang aku dapat? Banyak sangat. Pertama masa nak beli hosting tu pilih betul-betul. Kedua masa nak taip entry tu pakai software lain macam WLR atau Blogdesk. Ketiga sentiasa la buat backup setiap kali lepas post entry. Keempat? Entah la dah tak ingat. Masa marah semalam semua ada dalam kepala. Hehe. Takpe nanti kalau aku dah ingat aku akan kongsi balik ngan korang. Sementara tu korang komen la sket kat mana-mana post yang korang tengok jumlah komen dia kurang atau takde langsung. Sebab yang tu la yang terjejas teruk.

Beli Bandwidth Tambahan Celcom Broadband

February 28th, 2010 zaiMi 11 comments

Tadi masa tengah duk saja-saja surfing tergerak la hati nak bukak website Celcom broadband. Nak tengok ada tak promosi terbaru Celcom. Maklum la Celcom kan selalu kena kritik ngan teruk. Mana tau kot-kot dia ada buat promosi terbaru nak ambik hati pelanggan balik. Strategi bisnes katakan. Dan tekaan aku memang tak salah. Nak tau apa? Skang ni Celcom ada menawarkan belian bandwidth tambahan untuk korang yang selalu tak cukup bandwidth tiap-tiap bulan. Ni screenshot dia.

bandwidth tambahan celcom broadband

Seperti biasa, boleh klik gambar untuk besarkan. Nampak kan? Celcom tawarkan tambahan 1gb bandwidth pada harga RM5 dan 5gb bandwidth pada harga RM20. Jadi sekarang ni korang dah tak boleh komplen dah bandwidth selalu habis. Sebab kalau bandwidth habis senang-senang je korang boleh beli bandwidth tambahan. Tengok la betapa sayangnya celcom kat korang. Haha! Lagi satu, kalau korang nak bandingkan harga bandwith tambahan Celcom berbanding ISP lain, korang akan dapati yang harga Celcom jauh lagi murah. Tak percaya? Boleh tengok Maxis punya kat sini dan untuk P1 Wimax, rasanya tak boleh beli bandwidth tambahan ni.

So pada kaki-kaki download, gunakan la kelebihan ni sebaik mungkin. Kalau bandwith habis masa duk tengah download video lucah movie tu cepat-cepat la beli bandwidth tambahan. Harga dia dah okey sangat dah RM5 je 1gb. Atau kalau nak value for money beli terus 5gb. Baru RM20. Kalau beli asing-asing 1gb dah RM25. Aku? Aku tak perlukan bandwidth tambahan ni. Sebab aku bukan kaki download. Kalau movie tu aku lagi suka tengok kat panggung atau beli dvd. Puas hati. Nak download? Berjanggut la menunggu. Nak surf pun buat sakit hati sebab internet dah slow banyak speed kena tarik ngan download tu. So apa pendapat korang? Berbaloikah bandwidth tambahan tu? Kongsi la pendapat korang kat bahagian chat komen kat bawah.

Salam Maulidur Rasul 1431h

February 26th, 2010 zaiMi No comments

Sekadar entri kontot untuk kali ni. Aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam maulidur rasul 1431h kepada semua pengunjung blog aku dari dalam dan luar negara(ada ke?). Di hari yang bersejarah ni marilah kita banyak-banyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kita ambik segala contoh tauladan yang baik dari Nabi dan kita tinggalkan segala larangannya. Semoga semua kita mendapat limpah rahmat dan kasih dari Allah S.W.T.

Apa Itu Entegros Smart Client?

February 24th, 2010 zaiMi No comments

Sejak kebelakangan ni selalu sangat iklan Entegros Smart Client kat Astro. Asal bukak Astro je ada Entegros. Asal bukak Entegros je ada Astro. Jadi benda ni buat aku terfikir. Apa benda Entegros ni? Macam canggih sangat je. Harga tak la mahal sangat $350 dollar singapore je. Duit kita dalam RM800 lebih. Kalau mengikut pemahaman aku yang bodoh ni aku rasa benda tu macam cpu versi kecik. Tapi dia cakap tak payah pakai harddisk ngan kipas. Pasang pun kat belakang monitor je. Setau aku harddisk ngan kipas ada dalam cpu. Dua-dua benda tu penting. Kalau takde harddisk nak simpan data kat mana? kalau takde kipas pulak macam mana nak sejukkan cpu yang panas?EntegrOS-Box           table1     table2

Benda ni la yang buatkan aku tergerak untuk tanya encik google. Sebab selagi aku tak dapat penerangan yang betul selagi tu la aku akan duk terfikir-fikir. Hasil carian aku? Rupa-rupanya benda tu adalah smart client. Aku pun tak faham sangat fungsi dia. Apa yang aku faham benda tu digunakan untuk menggantikan fat client (pc/laptop) dan sangat menjimatkan elektrik. Dalam bahasa mudahnya benda tu digunakan untuk menggantikan cpu yang menggunakan banyak sumber elektrik dan merosakkan alam sekitar. Berbeza ngan Entegros Smart Client ni. Dia consume elektrik ngan efektif dan mesra alam. Tapi betul ke pemahaman aku? Mungkin korang ada penerangan yang lagi bagus?

Makanan Ruji Di Malaysia

February 23rd, 2010 zaiMi No comments

Sebenarnya cerita ni dah lama. Tapi aku saja nak cerita balik sebab aku rasa menarik untuk dikongsi. Pada pandangan korang la, apakah makanan ruji Malaysia? McD? Kfc? pizza? spagetti? nugget? Teeeeeetttt! Semua salah. Jawapan dia beras la yang bila siap dimasak jadi nasik. Itu baru makanan ruji Malaysia. Yang fastfood apejadah semua tu bukan makanan ruji. Mungkin ruji tapi di US la bukan di Malaysia.

Masalahnya kenapa ada rakyat Malaysia yang berlagak nak jadi orang US? Tak nak makan nasik-nasik ni. Tak ikut perkembangan katanya. Apa kelas makan nasik. Makanan orang miskin. Orang yang makan nasik ni semua takde kelas. Kepala hotak ko la. Yang ko nak berlagak sangat ngan makanan orang putih tu kenapa? Ko berangan nak jadi orang putih ke? Blah la. Setakat makan makanan orang putih tu ko takkan jadi orang putihnya. Jadi mayat berbungkus putih ada la. Hasil penyakit yang ko dapat disebabkan makan banyak sangat makanan orang putih yang ko banggakan tu.

Kenapa aku nak marah sangat kat orang-orang berlagak tu? Bukan ada kaitan ngan aku pun. Dia makan sedap-sedap pun bukan guna duit aku. Memang la takde kaitan tapi aku menyampah ngan orang berlagak ni. Nasib baik dia berlagak depan awek aku. Kalau berlagak depan aku memang nak kena la. Dia boleh cakap dia tak perlu nak pandai masak sebab bukannya dia makan nasik pun. Hari-hari makan fastfood. Dey. Dah ko tak pandai masak boleh pulak ko cakap ko tak makan nasik . Apparaa.

Walau pun begitu ada jugak kes yang memang dia tak boleh makan nasik. Contoh kes budak ni. Orang Kelantan ni. Tapi “hilir tok make nasik. Nok make hok makanan segera jah”. Hahah! Aku tak tau la apa sebab dia tak makan nasik. Tapi memang dah 14 tahun tak penah makan nasik. Konon-kononnya bau nasik pun tak boleh rasa nak muntah. Yeke? Kalau ikut mak dia cakap memang dari kecik tak boleh makan nasik. Tapi kalau ikut adik aku cakap dia “glenya nok make sedak”. Hahah!

Apa-apa pun terima la hakikat bahawa kita orang Malaysia. Makanan asal kita adalah nasik. Orang yang belajar kat luar negara bersusah-payah nak makan nasik tapi kita kat sini berlagak tak nak makan. Cukup-cukup la berlagak tu. Aku pun makan jugak fastfood ni. Memang sedap. Tapi last-last aku mesti nak kena makan nasik jugak. Sebab aku adalah tipikal Malay dan aku bangga dengan kenyataan itu.

Mari Menyokong Earth Hour 2010

February 19th, 2010 zaiMi 8 comments

Kalau korang perasan aku ada letak banner Earth Hour 2010 kat bahagian paling atas blog aku ni. Earth Hour adalah satu event di mana semua lampu dan alat elektrik akan ditutup selama sejam untuk meningkatkan kesedaran mengenai pemanasan global. Earth Hour mula dilancarkan di Australia pada 2007. Tahun 2008 ngan 2009 pulak banyak negara lain join termasuk la Malaysia. Dan untuk tahun ni pulak diharapkan lebih banyak negara yang akan join. Untuk maklumat lanjut korang boleh la baca kat web rasmi Earth Hour.

Earth Hour

Baiklah. Kenapa kita perlu menyokong Earth Hour? Kalau kita tengok keadaan di seluruh dunia skang ni bermacam-macam bencana terjadi. Ada tsunami, tanah runtuh, banjir lumpur, ribut taufan, letupan gunung berapi dan bermacam-macam lagi. Semua ni disebabkan kerakusan manusia melapah isi alam sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap planet ni. Semua aktiviti manusia telah menjejaskan kestabilan bumi dan menyebabkan semua masalah tersebut.

Salah satu cara untuk kita menunjukkan bahawa kita menyokong bumi diselamatkan daripada pemanasan global adalah dengan menyokong Earth Hour. Mudah je. Kita cuma perlu tutup semua lampu dan alat letrik selama sejam mulai 8.30-9.30 malam 27 Mac ni. Melalui Earth Hour kita menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa kita mengambil berat keselamatan bumi kita. Jadi apa lagi? Jom la pakat promote Earth Day. Korang kan blogger. Pengaruh korang sangat penting dalam menyebarkan maklumat ni. Untuk join kempen ni korang boleh klik sini.

Kelebihan Celcom Broadband

February 18th, 2010 zaiMi 8 comments

Arghh! Lagi sekali aku telah mengabaikan blog aku ni. Dah seminggu lebih tak update. Apa la nak jadi. Niat di hati masih nak bergelar blogger tapi idea di otak tak berapa nak ada. Neway tak kisah la semua tu. Janji blog ni terus bernyawa kan? hehe

Amacam sambutan Valentine’s Day korang? Meriah ke? Dengar cerita tema untuk tahun ni setiap couple tak boleh pakai underwear demi menunjukkan kesetiaan kat balak atau awek masing-masing. Betul ke? Hahah! Apa la bodoh sangat. Kepada sesiapa yang masih menyambut Valentine’s Day tu cukup-cukup la. Takkan la korang masih tak tau hukum sambut hari tu. Melainkan korang duduk dalam gua yang langsung tidak mendapat cahaya. Mungkin korang boleh dimaafkan sebab terlalu primitif. hahah!

Okey la cukup la ngan Valentine’s Day. Hari ni aku nak bercerita mengenai Celcom Broadband. Untuk pengetahuan korang semalam aku telah berjaya melanggan broadband celcom dengan hanya RM75 activation dan RM68 bulanan. Bukan apa. Tak larat dah aku nak pinjam broadband kakak aku. Dia dah la suka chatting mirc. Celik mata pagi je terus bukak mirc. Waktu tutupnya masa nak tido malam la. Esoknya rutin yang sama lagi. Jadi adalah terlalu susah untuk aku pinjam modem kakak aku. Terutamanya untuk update blog. Penyelesaiannya? Aku beli modem sendiri. Habis cerita.

modem celcom broadband

Kenapa aku pilih celcom? kenapa tak pilih yang lain? Sebab kakak aku pakai celcom. Dan dah terbukti line celcom sangat elok kat area aku ni. Jadi kenapa aku nak testing modem lain? Kalau line tak elok kang aku jugak yang susah. So pilih je la celcom. Asalnya nak ambik pakej student. Lagi murah RM50 je sebulan. Tapi student lagikah aku? Sebab aku dah tamat pengajian sem lepas. Tunggu konvo je bulan 8 ni. Pastu ingat nak guna la nama adik aku yang kat uia tu sebab dia student lagi. Masalahnya boleh ke guna wakil? Sebab kalau adik aku beli kat sana pun susah jugak nak pos balik sini. Kang terjadi apa-apa alamatnya lama lagi la blog aku ni terbiar. Jadi aku cekalkan hati aku beli jugak pakej basic ni.

Overall aku berpuas hati la dengan celcom broadband ni. Pertama sebab line. Line kat umah aku ni cukup elok. Jadi takde masalah lambat loading atau speed slow atau line putus-putus. Kedua sebab kontrak dia. Kalau ikut yang pekerja celcom tu bagitau yang modem aku dapat ni free. Selepas setahun guna modem ni akan jadi milik aku. Tapi kalau teringin nak terminate sebelum cukup setahun cuma perlu bagi balik modem je. Takde pampasan nak kena bayar. Kalau dulu nak terminate kena bayar RM200 kan? Skang ni takde dah. Yang ketiga bayaran activation dia. ISP lain rasanya masih kena bayar RM100 lagi kan? Tapi yang aku punya ni cuma bayar RM75 je terus boleh guna. Mudah kan? Untuk faktor-faktor lain yang pernah aku bincang kat sini semuanya lulus dengan cemerlang.

Jadi dah ada modem skang ni boleh la aku update blog hari-hari. Tu pun kalau idea datang mencurah-mencurah. Kalau tak alamatnya minggu depan la aku update lagi. Hahah! Tapi takpe korang jangan risau. Aku tak update blog aku je tapi aku tetap melawat blog korang. Tinggalkan komen kat mana-mana yang patut dan klik-klik kat mana yang perlu. Kenapa? Sebab kita kan kawan. Hehe

Related Posts with Thumbnails